Syaikh Sayid Sabiq (Ulama Fiqh yang Ulung)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah salah satu bunyi pepatah dalam menggambarkan kehilangan orang yang sangat berjasa. Lebih-lebih lagi jika jasa itu berupa ilmu yang bermanfaat untuk manusia dan lahir dari seorang ulama yang beramal serta ikhlas dalam menyampaikannya.

Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan umat Islam apabila satu demi satu ulama besar menyambut seruan Allah. Bermula dengan kepergian Syaikh Sya’rawi, disusul dengan meninggalnya Mufti Kerajaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz Baz. Tatklala kita sedang terlena menyambut millennium baru, kita dikejutkan dengan berita meninggalnya Syaikh Abu al-Hasan Ali an-Nadawi.

Tanggal 28 Februari 2000, giliran Syaikh Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah solihin dan ulama ‘amilin menyambut panggilan Ilahi. Beliau seorang ulama al-Azhar yang tersohor di dunia, penulis buku fiqh yang sangat masyhur, Fiqh Sunnah.

Jenazah beliau dishalatkan oleh beribu-ribu orang di Masjid Rabiah al-Adawiyah, Madinah Nasr dengan diimami oleh Syaikh al-Azhar as-Syarief, Dr. Muhammad Sayid Tantawi. Turut mengikuti solat jenazah as-Sayid Hani Wajdi yang mewakili Presiden Republik Arab Mesir, Mufti Kerajaan Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil, Menteri Awqaf, Dr. Hamdi Zaqzuq, Presiden Parti Buruh, Ibrahim Syukri, Ketua Jabhah Ulama al-Azhar dan anggota-anggotanya, Ketua Jam’iyah Syarqiyyah, Dr. Fuad Mukhaimar. serta puluhan ulama dan pemimpin masyarakat setempat yang tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir terhadap ulama besar umat ini.

Jenazah beliau kemudian dibawa ke tanah tempat kelahirannya di Markaz Bajour, Maneofiah untuk disemayamkan di sana.

Syaikh Sayyid Sabiq dilahirkan pada tahun 1915 dan mendapat pendidikan di al-Azhar. Disinilah awal perkenalan beliau dengan al-lkhwan al-Muslimun (Ikhwanul Muslimin). Pada tahun 1948, beliau bersama-sama al-Ikhwan al-Muslimun menyertai Perang Palestina. Akibatnya, beliau dipenjara di bawah tanah pada tahun 1949-1950.

Setelah bebas, Syaikh Sayyid Sabiq kembali ke al-Azhar dan mendalami bidang dakwah. Beliau aktif dalam al-Ikhwan al-Muslimun sampai menjadi orang kepercayaan Imam Hasan al-Banna, Mursyidul ‘Am al-Ikhwan al-Muslimun.

Pada tahun 1951, beliau bekerja di Kementerian Awqaf Mesir. Kefasihan ilmunya mulai tampak. Beliau dinaikkan pangkat hingga menjadi Wakil Kementerian Awqaf Mesir. Pada tahun 1964, beliau berhijrah ke Yaman, kemudian menetap di Arab Saudi mengajar mata kuliah Dakwah dan Ushuluddin, Universitas Ummul-Qura selama lebih dari 20 tahun.

Syaikh Sayyid Sabiq merupakan seorang yang banyak mengembara untuk menyampaikan dakwah. Banyak negara yang dilawatinya termasuk Indonesia, Inggris, negara-negara bagian bekas Uni Soviet dan seluruh negara Arab. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam di setiap negara yang diziarahinya.

Syaikh Sayyid Sabiq juga banyak membuka majlis-majlis ilmu di rumahnya. Setiap hari Ahad dikhususkan untuk kaum wanita dan orang yang sudah berumahtangga. Pengajian untuk kaum laki-laki diadakan setiap hari Minggu. Malam Kamis merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua jamaah yang melakukan shalat Isya’ di Masjid ‘lbadur-Rahman, Akhir Mahattoh, Haiyu Sabie’ karena pada malam itu dikhususkan untuk pengajian yang dipimpin langsung oleh Syaikh Sayyid Sabiq. Dalam majlis itu, beliau banyak memberi fatwa dan menjawab permasalahan-permasalahan yang muncul ditengah umat Islam. Banyak pelajar dari negara lain mengikuti majlis beliau walaupun Syaikh Sayyid Sabiq sering menggunakan Bahasa Arab Ammi (lahjah arab tempatan).

Salah satu contoh kegigihannya dalam menyampaikan dakwah, dikisahkan bahawa ketika beliau berada dalam penjara, dengan berpijak di atas ember yang telah disusun dalam bilik penjara untuk dijadikan mimbar karena tubuh beliau kecil dan kurus, beliau dengan lantang dan bersemangat menerangkan hukum fiqh dan agama terhadap tahanan-tahanan politik yang ditangkap bersamanya. Pengawal penjara dan tentara yang mengawal mereka turut mengikuti kuliah tidak resmi beliau dari balik jeruji besi penjara.

Syaikh Sayyid Sabiq merupakan seorang patut di contoh dalam kepribadian dan akhlak. Beliau bukan saja berilmu, melainkan juga memiliki budi pekerti yang mulia dan pandai menjaga hubungan yang baik sesama manusia. Sifatnya yang suka melucu, lemah lembut dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak membuat beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.

Syaikh Sayyid Sabiq adalah seorang ulama yang mumpuni dalam ilmu dan mempunyai pemahaman yang luas tentang Islam. Hal ini ini yang menjadikan Syaikh Muhammad al-Ghazali menjuluki Syaikh Sayid Sabiq sebagai orang yang paling faqih di abad ini. Beliau menjadi tempat rujukan ulama-ulama besar termasuk Syaikh Sya’rowi.

Beliau seorang ulama yang berani mengatakan kesyumulan Islam. Ini terbukti dengan kitab hasil tulisannya yang terkenal, Fiqh Sunnah. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Ide penulisan kitab ini berasal dari Imam as-Syahid Hasan al-Banna yang meminta beliau supaya menyusun sebuah kitab fiqh yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang mampu menyelesaikan khilaf di kalangan umat Islam dan menghilangkan sifat ta’asub kepada mazhab. Penyusunan itu juga bertujuan untuk menghapuskan pendapat mengada-ada yang menyatakan bahwa pintu ijtihad telah tertutup.

Ternyata setelah hampir 50 tahun Fiqh Sunnah yang di dalamnya terhimpun sekitar tiga ribu hadis itu ditulis, kitab itu masih mendapat sambutan luar biasa dari umat Islam serta mendapat penghargaan dari ulama sedunia sebagai kitab fiqh terbaik zaman ini.

Beliau juga mengarang beberapa kitab lain seperti, ‘Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam’, ‘Islam Kita’ dan sebuah risalah kecil mengenai riba.

Sepanjang hayatnya, Syaikh Sayyid Sabiq banyak menerima anugrah dan penghargaan atas ketokohan dan keilmuan beliau. Puncaknya, Piagam Penghargaan Mesir yang dianugerahkan oleh Presiden Mesir, Mohammad Husni Mubarak pada tanggal 5 Maret 1988. Di tingkat regional, Syaikh Sayyid Sabiq mendapat penghargaan Jaaizah al-Malik Faisal al-Alamiah pada tahun 1994 oleh Kerajaan Arab Saudi atas usahanya menyebarkan dakwah Islam.

%d bloggers like this: